Saturday, 10 September 2011

Malapetaka Agama di Oslo

Bagaimana halnya seorang anak kepada seorang diplomat boleh melakukan "pembunuhan beramai-ramai paling ngeri dalam sejarah". Demikian catatan media Barat bersabit tindakan Anders Behring Breivik di Norway baru-baru ini. Seperti dilaporkan 77 orang belia kulit putih ditembak mati di sebuah pulau kecil. Sebelum itu bangunan pejabat Perdana Menteri di Oslo, ibu negeri Norway menjadi sasaran letupan bom dan 8 orang maut.



Ayahnya dahulu berkhidmat dengan Kedutaan Norway di London dan ibunya seorang jururawat. Breivik sendiri pernah mengendali syarikat yang memperoleh keuntungan. Ertinya beliau seorang yang berada dan tidak menghadapi kesukaran hidup. Dianggap menjadi sebab ialah hubungannya denga pihak-pihak lain kerana pernah menjadi anggota Freemason. Beliau kemudian mendampingi golongan yang terlibat dengan Islamofobia. Antaranya gerakan Knights Templar yang pada masa dulu terlibat denga Perang Salib, iaitu anti-Islam.

Norway mempunyai kira-kira 4.9 juta pendudu dan bilangan beragama Islam hanya 98,935 orang sahaja, termasuk minoriti warga Pakistan, Iraq dan Turki. Mendapat perhatian ialah tindakan Breivik menyebarkan manifesto dalam bahasa Inggeris bertajuk "2083 - Deklarasi Kemerdekaan Eropah". Kerana itu ada yang menyifatkan beliau sebagai fundamentalis Kristian. Seperti dicatat oleh beberapa laporan akhbar Barat, yang fundamentalis bukan Islam saja, tetapi juga dari pelbagai agama lain.

Menjelaskan hal ialah kenyataan-kenyataan pemimpin Eropah bahawa "multiculturalism" di negeri-negeri mereka telah gagal. Berucap sedemikian ialah David Cameron, Angela Merkel dan Nicolas Sarkozy. Juga disiarkan ialah kedudukan parti-parti politik Eropah sayap kanan dalam pilihan raya Parlimen, iaitu jumlah peratus undi yang menyokong mereka seperti berikut:
      Norway (22.9 peratus), Sweden (5.7), Denmark (13,8), Finland (19.1), Belanda (15.5), Britain (1.9), Austria (17.5), Hungary (16.7), Itali (8.3), Perancis (4.3) dan Bulgaria (9.4).

Ketika mengulas tindakan Breivik ialah kenyataan Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg mengenai 77 belia kulit putih yang dibunuh di pulau Utoya : "Utoya berupa syurga bagi diri saya semasa muda dahulu kini telah berubah menjadi neraka".

Di samping itu ialah laporan akhbar Times  London mengenai pembunuhan dan letupan bom oleh Breivik "meleburkan kedamaian 70 tahun lalu". Dikenang kembali ilah tindakan-tindakan seorang warga Norway lain bernama Quisling yang namanya kemudian menjadi salah satu perkataan dalam kamus bahasa Inggeris.

Quisling bererti "traitor". Beliau semasa Perang Dunia Kedua dahulu membantu Nazi Jerman menakluki negaranya sendiri. Beliau mulanya bertemu dengan Hitler pada tahun 1939 lalu menggesanya supaya menguasai Norway. Setelah bala tentera Nazi Jerman menakluki Norrway pada bulan April 1945, Quisling mengisytiharkan diri sendiri sebagai ketua kerajaan. Semasa pemerintahannya, seramai 1,000 Yahudi ditangkap dan dihantar ke kme tahanan untuk dibunuh. Pada bulan Mei 1945 setelah norway dibebaskan Quisling (Vidkun) ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah kerana menderhaka lalu dihukum mati.

Ada kalanya seseorang individu boleh melakukan tindakan-tindakan yang membawa malapetaka atau bencana tidak terhingga kepada negara sendiri. Demikian telah dilakukan oleh Quisling di masa lalu dan Breivik di masa kini di Norway.

No comments:

Post a Comment