Pada hemat saya, faktor utama kejatuhan kerajaan Islam Nusantara (lebih dikenali sebagai kerajaan Melayu Melaka) bukan kerana kelemahan pentadbiran atau pengkhianatan pedangang2 China dan India yg membina tongkan2 kecil di perairan Melaka, tetapi hilangnya kekuatan keimanan sebagai seorang Islam di dalam jiwa setiap anggota Melaka.
Malah, dengan semboyan Glory, Gold dan Gospel Kegemilangan, Emas dan Injil, dalam erti kata lain, kekuasaan, kekayaan dan penyebaran agama, bala tentera Portugis mempunyai semangat juang yg tinggi utk sampai ke Nusantara.
Pada tahun2 40-an dahulu, lama sebelum negara mencapai kemerdekaan, ada segelinti guru2 Melayu yang setiap 15 Ogos akan memakai baju kemeja hitam dan berali leher merah ketika mengajar di sekolah. Hitam sebagai tanda berkabung sementara merah bermakna kesanggupan berjuang. Mereka yg menjadi penyokong Kesatuan Melayu Muda (KMM) ini berpakat memakai baj itu sebagai mengenang kejatuhan kota Melaka di tangan Portugis yang berlaku pada 15 Ogos 1511.
Memang sukar bagi mereka mencari baju kemeja hitam dan tali leher merah yg perlu dibuat khas, dan tentunya memerlukan wang. Pada masa itu, pakaian guru adalah baju putih dan seluar putih dan bertali leher hitam dan bersongkok hitam. Tetapi dengan semangat perjuangan bangasa yg berada dlm diri masing2 mereka sanggup utk melakukannya.
Tetapi, jika semangat yg b'ada dlm diri setiap anak muda Melayu pada msa kini adalah semangat perjuangan Islam saya yakin dan sebenar2 yakin bukan sahaja tarikh ini dpt di ingati dengan lebih pnuh b'makna malah kita akan dapat menegakkan kembali Daulah Islamiyah semula pada masa hadapan. I.Allah..
Bangunlah wahai, anak bangsa yg seagama. Marilah kita bina kekuatan jiwa utk mnempuhi rintangan2 perjuangan pada masa2 hadapan. Setiap pengorbanan yg kta lakukan pasti mendpt blsan yg setimpal oleh Allah s.w.t. Jnglah kta gerun dngan gertakan musuh2 Islam yg mempunyai perasaan hasat dan dengki dlm hati2 mereka. Akhir kata tegapkanlah keimanan serta ketaqwaan kepada Allah agar kita dapat bersedia utk menghadapi ujian2 yg mendatang. I.Allah..
