Saturday, 10 September 2011

Malapetaka Agama di Oslo

Bagaimana halnya seorang anak kepada seorang diplomat boleh melakukan "pembunuhan beramai-ramai paling ngeri dalam sejarah". Demikian catatan media Barat bersabit tindakan Anders Behring Breivik di Norway baru-baru ini. Seperti dilaporkan 77 orang belia kulit putih ditembak mati di sebuah pulau kecil. Sebelum itu bangunan pejabat Perdana Menteri di Oslo, ibu negeri Norway menjadi sasaran letupan bom dan 8 orang maut.



Ayahnya dahulu berkhidmat dengan Kedutaan Norway di London dan ibunya seorang jururawat. Breivik sendiri pernah mengendali syarikat yang memperoleh keuntungan. Ertinya beliau seorang yang berada dan tidak menghadapi kesukaran hidup. Dianggap menjadi sebab ialah hubungannya denga pihak-pihak lain kerana pernah menjadi anggota Freemason. Beliau kemudian mendampingi golongan yang terlibat dengan Islamofobia. Antaranya gerakan Knights Templar yang pada masa dulu terlibat denga Perang Salib, iaitu anti-Islam.

Norway mempunyai kira-kira 4.9 juta pendudu dan bilangan beragama Islam hanya 98,935 orang sahaja, termasuk minoriti warga Pakistan, Iraq dan Turki. Mendapat perhatian ialah tindakan Breivik menyebarkan manifesto dalam bahasa Inggeris bertajuk "2083 - Deklarasi Kemerdekaan Eropah". Kerana itu ada yang menyifatkan beliau sebagai fundamentalis Kristian. Seperti dicatat oleh beberapa laporan akhbar Barat, yang fundamentalis bukan Islam saja, tetapi juga dari pelbagai agama lain.

Menjelaskan hal ialah kenyataan-kenyataan pemimpin Eropah bahawa "multiculturalism" di negeri-negeri mereka telah gagal. Berucap sedemikian ialah David Cameron, Angela Merkel dan Nicolas Sarkozy. Juga disiarkan ialah kedudukan parti-parti politik Eropah sayap kanan dalam pilihan raya Parlimen, iaitu jumlah peratus undi yang menyokong mereka seperti berikut:
      Norway (22.9 peratus), Sweden (5.7), Denmark (13,8), Finland (19.1), Belanda (15.5), Britain (1.9), Austria (17.5), Hungary (16.7), Itali (8.3), Perancis (4.3) dan Bulgaria (9.4).

Ketika mengulas tindakan Breivik ialah kenyataan Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg mengenai 77 belia kulit putih yang dibunuh di pulau Utoya : "Utoya berupa syurga bagi diri saya semasa muda dahulu kini telah berubah menjadi neraka".

Di samping itu ialah laporan akhbar Times  London mengenai pembunuhan dan letupan bom oleh Breivik "meleburkan kedamaian 70 tahun lalu". Dikenang kembali ilah tindakan-tindakan seorang warga Norway lain bernama Quisling yang namanya kemudian menjadi salah satu perkataan dalam kamus bahasa Inggeris.

Quisling bererti "traitor". Beliau semasa Perang Dunia Kedua dahulu membantu Nazi Jerman menakluki negaranya sendiri. Beliau mulanya bertemu dengan Hitler pada tahun 1939 lalu menggesanya supaya menguasai Norway. Setelah bala tentera Nazi Jerman menakluki Norrway pada bulan April 1945, Quisling mengisytiharkan diri sendiri sebagai ketua kerajaan. Semasa pemerintahannya, seramai 1,000 Yahudi ditangkap dan dihantar ke kme tahanan untuk dibunuh. Pada bulan Mei 1945 setelah norway dibebaskan Quisling (Vidkun) ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah kerana menderhaka lalu dihukum mati.

Ada kalanya seseorang individu boleh melakukan tindakan-tindakan yang membawa malapetaka atau bencana tidak terhingga kepada negara sendiri. Demikian telah dilakukan oleh Quisling di masa lalu dan Breivik di masa kini di Norway.

Tuesday, 6 September 2011

500 Tahun Runtuhnya Kota Melaka

15 Ogos 2011.. Tarikh keramat di mana genaplah 500 thn keruntuhan kota Melaka yg pada masa lalu pernah menjd kota kerajaan Islam yg t'kuat di Nusantara malah pernah digelar Serambi Makah. Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu, kota Melaka adalah tmpat besemayam sultan yg memerintah satu kerajaan yg wilayah pemerintahannya adalah luas meliputi sebahagian besar kepulauan Nusantara yg meliputi semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera hinggalah ke Brunei. Tiada siapa menyangka bahawa kota yg mempunyai kedudukan strategik dan juga mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming China jatuh di tangan sebuah kerajaan kafir Portugis yg juga kuasa baru dunia pada masa itu selain Sepanyol.



Pada hemat saya, faktor utama kejatuhan kerajaan Islam Nusantara (lebih dikenali sebagai kerajaan Melayu Melaka) bukan kerana kelemahan pentadbiran atau pengkhianatan pedangang2 China dan India yg membina tongkan2 kecil di perairan Melaka, tetapi hilangnya kekuatan keimanan sebagai seorang Islam di dalam jiwa setiap anggota Melaka.

Malah, dengan semboyan Glory, Gold dan Gospel Kegemilangan, Emas dan Injil, dalam erti kata lain, kekuasaan, kekayaan dan penyebaran agama, bala tentera Portugis mempunyai semangat juang yg tinggi utk sampai ke Nusantara.

Pada tahun2 40-an dahulu, lama sebelum negara mencapai kemerdekaan, ada segelinti guru2 Melayu yang setiap 15 Ogos akan memakai baju kemeja hitam dan berali leher merah ketika mengajar di sekolah. Hitam sebagai tanda berkabung sementara merah bermakna kesanggupan berjuang. Mereka yg menjadi penyokong Kesatuan Melayu Muda (KMM) ini berpakat memakai baj itu sebagai mengenang kejatuhan kota Melaka di tangan Portugis yang berlaku pada 15 Ogos 1511.

Memang sukar bagi mereka mencari baju kemeja hitam dan tali leher merah yg perlu dibuat khas, dan tentunya memerlukan wang. Pada masa itu, pakaian guru adalah baju putih dan seluar putih dan bertali leher hitam dan bersongkok hitam. Tetapi dengan semangat perjuangan bangasa yg berada dlm diri masing2 mereka sanggup utk melakukannya.

Tetapi, jika semangat yg b'ada dlm diri setiap anak muda Melayu pada msa kini adalah semangat perjuangan Islam saya yakin dan sebenar2 yakin bukan sahaja tarikh ini dpt di ingati dengan lebih pnuh b'makna malah kita akan dapat menegakkan kembali Daulah Islamiyah semula pada masa hadapan. I.Allah..

Bangunlah wahai, anak bangsa yg seagama. Marilah kita bina kekuatan jiwa utk mnempuhi rintangan2 perjuangan pada masa2 hadapan. Setiap pengorbanan yg kta lakukan pasti mendpt blsan yg setimpal oleh Allah s.w.t. Jnglah kta gerun dngan gertakan musuh2 Islam yg mempunyai perasaan hasat dan dengki dlm hati2 mereka. Akhir kata tegapkanlah keimanan serta ketaqwaan kepada Allah agar kita dapat bersedia utk menghadapi ujian2 yg mendatang. I.Allah..